Microsoft Office ( Word ) & E-commerce(Program Usahawan)
24 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 23 Mac 2018 Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan kelas Microsoft Office word,e-commerce disertakan dengan taklimat program Advokasi & Klik Dengan Bijak pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu.
Taklimat ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri golongan belia iaitu lepasan SPM.Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam bidang ict dan Microsoft Office.Di samping itu juga mereka telah didedahkan dengan program advokasi dan klik dengan bijak dimana ianya adalah salah satu program yang telah dilaksanankan MCMC untuk memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan pengguna internet dan mendedahkan dengan tentang hak dan tanggungjawab pengguna.Antara latihan yang diadakan sepanjang kelas Microsoft Word ialah menerokai fungsi “theme dan style”,”header,footer dan time and date” dan menerokai penggunaan “smartart”.Peserta juga berpeluang didedahkan dengan cara menggunakan transaksi perniagaan seperti lazada,shopee dan cara penggunaan transaksi online banking.
Latihan dan taklimat program ini telah mendapat maklum balas baik serta memberi kesan yang positif kepada peserta yang mengikuti kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: